Isnin, 7 Mac 2016

Perkongsian Ayahanda Ahmad Ammar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdullilah. Syukur Allah beri nikmat tanpa henti. Sama ada sedar ataupun tidak.
Kelmarin,5/3/2016. Aku berkesempatan menghadiri program fenomena Ammar. Dulu pernah juga ada dibuat di UUM tapi xdapat pergi masa tu. So,kali ini aku tekad mahu pergi.Syukur sebab Allah mudahkan semuanya.
Siapa tidak kenal dengan Allahyarham Ahmad Ammar? Insan yg Allah pilih untuk mati syahid sewaktu beliau dalam perjalanan untuk mengajar ilmu. Dikebumikan bersebelahan salah seorang sahabat Rasullulah s.w.t di bumi Turki.
Jadi, aku ingin kongsikan perkongsian yang dikongsi oleh Ayahanda kepada Ahmad Ammar iaitu Tuan. Haji Ahmad Azam.

1.Niat untuk menjadikan anak ni sbg hamba Allah, khalifah Allah yg terbaik.

2.  Bgaimana utk menjadikan beliau menjadi pemimpin yg bertaraf dunia.

3. Modul pemimpin yg kita nak ikut.hadis nabi..Pemimpin yg terbaik itu yg pemimpin yg mmbuka kota konstinopel (istanbul,turki) =sultan muhamad Al-fateh.

4.  Perancangan utk mnjadi pemimpin bertaraf dunia. Ada 3 perkara yg perlu dititikberatkan-akademik mesti bagus,spritual,dakwah
Ketika umur 25tahun kamu kena kawin spya ia xbercinta-cinta monyet (kamu matang).

5. Bila kita merancang,kita kena yakin. Bila niat kita betul.Allah Taala akan memakbulkan cita2 kita.  ( bapanya merancang umur 40 tahun utk menjadi pemimpin tetapi umur 20tahun dipanggil menghadap illahi).

6. Bgaimana nk memastikan perancangan kita ini berjaya?? Mak dan ayah kena menjadi insan Ummatik. Keluarga yg sentiasa ingin membantu orang yg memerlukan,melakukan kerja2 kebaikan.
Allah akan menolongnya selagi mana kita menolong orang lain.

7. Wajib utk kita merancang,berusaha,berkorban. Berjaya ataupun tidak perancangan kta itu tugas Allah. Perancangan yg gagal itu bukan kehendak kita tp perancangan Allah. Kehendak Allah sentiasa yg terbaik.

8. Kita suka ataupun x kita harus redha akan takdir Allah s.w.t.
Perkongsian ini yang sempat aku taip guna hp. Sebenarnya aku bawa buku nota dengan pen tapi boleh pula pen tu xda ink . Sabar jak la.
Selain Ayahanda Ammar, ibunda nya pun ada buat perkongsian dan Kak Amie Sofia juga antara panel yang hadir.Comel jak tengok Kak Amie.
Sampai jumpa entry seterusnya. Doakan aku supaya rajin menulis. Sebenarnya ada 2 draf yang sampai sekarang belum dipublishkan. .InsyAllah dalam masa terdekat kalau rajin buka laptop baru akan publish. 

Wassalam.




Alhamdullilah,sempat mengambil aura ibubapa hebat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks