Selasa, 8 Mac 2016

Pengalaman Sepanjang Praktikum

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Hampir dua bulan sudah tamat praktikum di RTM Sandakan. Ya sekarang bambong atau lebih tepat jobseekers. Harap la bambong ni tidak terlalu lama sebab sudah tiba masanya untuk fikir masa depan.Ceh.ayat ko.

Praktikum di RTM Sandakan merupakan suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dilupakan sebab setiap hari selama 6 bulan tu aku akan rasa best walaupun ada jak hari-hari yang ko akan rasa bosan tapi kalau kita suka buat kerja tu... Ko akan rasa ia best. Best dengan staff2 RTM Sandakan , rakan praktikal silih berganti , semua la bah.

Antaranya jobscope aku sepanjang praktikal 6 bulan tu ialah, membuat video korporat adalah projek utama aku as pelajar SMMTC UUM.So, Supervisor company suruh aku buat Video Korporat RTM Sandakan. Puas hati la dengan hasil nya sebab Supervisor UUM suka dan semua soalan masa presentation hari tu dapat jak jawab dengan 100% yakin.Terima kasih kepada staff2 RTM Sandakan sebab bagi kerjasama yg bagus, cameraman abg Saziri,Abg .... jap aku lupa.. Adedei. Baru 2 bulan kot bibie ko habis takkan ko sudah lupa nama2 dorang -__-;. Dan yang paling penting si Amerra Shuhada yang betul2 paling banyak tolong dari penyemak skrip, camerawoman, sometimes as video editor. Terima kasih banyak2 sebab banyak tolong. Lagi satu bagi pinjam laptop untuk buat editting. Ya la laptop ku kurang canggih. Arigato gozaimas mira hey.

Selain video korporat, beberapa kerja yang selalu aku buat skrip,editting lagu, recording,photographer,buat borang,fotostet,buat air dan banyak lagi. Haha. Ada 1 kerja yang mahu sangat aku buat tapi aku terlalu fokus dan risau buat video korporat sampai aku x terbuat kerja ni iaitu multi-track. Tetiba rasa menyesal x sudah.



Konti Bersama DJ NY. Kak NY ni mashaAllah memang cantik dan paling penting sporting habis. Masa permulaan tu takut betul maw tegur dia sekali lama-kelamaan kamching habis kot. Kak NY pun selalu belanja makan tengahari.Kak,kalau kakak baca post ni... terima kasih banyak2 ya sebab belanja makan tengahari.

Ini masa mula-mula DJ Didiey ajak masuk konti sama Ameera. Nebes habis kot. Banyak betul salah-salah nya.haha Sampai DJ Jill tegur masa habis konti. Thanks Abg Didiey bagi peluang. Lagi satu,kalau sama abg didiey ni ko akan selalu ketawa dengan telatahnya , sentiasa melatah lagi dan yang paling best lagu Lamunan Silam by Albab Band best. 
Last Day Praktikum. Tamat 25 Minggu. 

1st batch praktikum masa aku la. Memang sporting habis dorang ni.
Arnold,Farhan,Shahril,Joe,Kak Jani,Abg Wan,Ayda, .. puteri..EH

Makan-makan sempena Farhan dan Shahril last day. Selalunya setiap jumaat, akan ada makan-makan..Kak Nur la selalu belanja.Kak Emma pun ada juga belanja. Mana tak gemuk aku di RTM ni. -Salah Sendiri sebab kuat makan-

Yang ni Farewell untuk aku yang maw habis praktikum.Terima kasih kak jani , abg wan sebab belanja. Shaff sebab belanja nasi kuning next day. terharu kot. Yaya dan Mira tiada dalam gambar. Safwan dan Syafik menceriakan hari-hari di RTM walaupun kadang2 sakit hati tapi takpa, hakak layan saja la.


Open House RTM Sandakan. Geng makan tengahari di LHDN sama Zakaria. rindu.

99% staff RTM Sandakan + 8 Praktikum. Rindu semuanya.


Okay. sampai jumpa lagi. Thanks for the memories gais. RTM Sandakan sememangnya best.

p/s:  Kalau la kan siapa2 yang terbaca entry ini dari staff RTM Sandakan ataupun yang mengenali aku semasa praktikum. Kalau ada salah silap sepanjang perkenalan mohon maaf. Sebenarnya banyak lagi gambar tapi cukup la ini yang menggambarkan betapa seronoknya aku praktikum di RTM Sandakan.Serius seronok. Kalau ada momen yang tidak menggembirakan tu ada 0.01% sahaja. Keep in touch ya.



Isnin, 7 Mac 2016

Perkongsian Ayahanda Ahmad Ammar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdullilah. Syukur Allah beri nikmat tanpa henti. Sama ada sedar ataupun tidak.
Kelmarin,5/3/2016. Aku berkesempatan menghadiri program fenomena Ammar. Dulu pernah juga ada dibuat di UUM tapi xdapat pergi masa tu. So,kali ini aku tekad mahu pergi.Syukur sebab Allah mudahkan semuanya.
Siapa tidak kenal dengan Allahyarham Ahmad Ammar? Insan yg Allah pilih untuk mati syahid sewaktu beliau dalam perjalanan untuk mengajar ilmu. Dikebumikan bersebelahan salah seorang sahabat Rasullulah s.w.t di bumi Turki.
Jadi, aku ingin kongsikan perkongsian yang dikongsi oleh Ayahanda kepada Ahmad Ammar iaitu Tuan. Haji Ahmad Azam.

1.Niat untuk menjadikan anak ni sbg hamba Allah, khalifah Allah yg terbaik.

2.  Bgaimana utk menjadikan beliau menjadi pemimpin yg bertaraf dunia.

3. Modul pemimpin yg kita nak ikut.hadis nabi..Pemimpin yg terbaik itu yg pemimpin yg mmbuka kota konstinopel (istanbul,turki) =sultan muhamad Al-fateh.

4.  Perancangan utk mnjadi pemimpin bertaraf dunia. Ada 3 perkara yg perlu dititikberatkan-akademik mesti bagus,spritual,dakwah
Ketika umur 25tahun kamu kena kawin spya ia xbercinta-cinta monyet (kamu matang).

5. Bila kita merancang,kita kena yakin. Bila niat kita betul.Allah Taala akan memakbulkan cita2 kita.  ( bapanya merancang umur 40 tahun utk menjadi pemimpin tetapi umur 20tahun dipanggil menghadap illahi).

6. Bgaimana nk memastikan perancangan kita ini berjaya?? Mak dan ayah kena menjadi insan Ummatik. Keluarga yg sentiasa ingin membantu orang yg memerlukan,melakukan kerja2 kebaikan.
Allah akan menolongnya selagi mana kita menolong orang lain.

7. Wajib utk kita merancang,berusaha,berkorban. Berjaya ataupun tidak perancangan kta itu tugas Allah. Perancangan yg gagal itu bukan kehendak kita tp perancangan Allah. Kehendak Allah sentiasa yg terbaik.

8. Kita suka ataupun x kita harus redha akan takdir Allah s.w.t.
Perkongsian ini yang sempat aku taip guna hp. Sebenarnya aku bawa buku nota dengan pen tapi boleh pula pen tu xda ink . Sabar jak la.
Selain Ayahanda Ammar, ibunda nya pun ada buat perkongsian dan Kak Amie Sofia juga antara panel yang hadir.Comel jak tengok Kak Amie.
Sampai jumpa entry seterusnya. Doakan aku supaya rajin menulis. Sebenarnya ada 2 draf yang sampai sekarang belum dipublishkan. .InsyAllah dalam masa terdekat kalau rajin buka laptop baru akan publish. 

Wassalam.




Alhamdullilah,sempat mengambil aura ibubapa hebat ini.

Jawapan-Jawapan Yang Tak Patut Korang Jawab Semasa Temuduga

Hi assalamualaikum w.b.t

Kemain ko bibie letak tajuk panjang-panjang. 

Oleh kerana sekarang ini aku dikira macam jobseekers atau org bugis cakap bambong, aku kena perihatin bab-bab interview ni.

Terima kasih banyak-banyak sama facebook sebab dengan adanya media sosial ini, aku boleh ambil dan simpan untuk kegunaan masa akan datang. Cehwah. Dan dengan adanya blog ini jugak,aku boleh simpan dan dirujuk kembali pada masa akan datang.

Dibawah ini merupakan antara jawapan-jawapan yang sememangnya tak patut korang jawab semasa interview.Terima kasih kepada siapa yang membuat . Aku bagitahu awal ya,ini bukan aku punya k. Jangan pula nak saman lepas ni.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks