Sabtu, 13 Jun 2015

Reward untuk diri sendiri.

Assalamualaikum w.b.t

Macam makin lama makin tidak ter'update ni blog kan. Maafkan saya. Final year kan jadi kesibukan tu memang ada ... Sekarang minggu exam. Gap lama ni macam terdetik hati mahu update sesuatu.

2 hari yang lalu ( 11/6/15 ) ,  dengan rasminya FYP dan report berjaya disiapkan. Alhamdullilah...
FYP aku tidak lah se-GAH & se-hebat FYP kawan2 yang lain tapi aku sangat puas hati dengan kerja aku yang hampir 98% hasil keringat ku sendiri, hasil air mata ku , hasil ketawa ku.  FYP ni bukan individual pun tapi group .. Tapi entahlah, malas mahu cakap. 


Masa pandang report & project ni , serius rasa mahu mengalirkan air mata. Sebab kita sendiri yang tahu macam mana susahnya dan peritnya sepanjang buat benda ni.. Dengan sikap partner lagi, asyik kena reject dengan SV lagi dan macam2 lagi... Ya Allah, syukur sangat dah lepas semua benda ni. Rasa ringan terus bahu. 

2 hari sebelum submit project FYP & report ni, roommate aku ada ajak aku pergi Kuala Perlis pekena ikan bakar disana dengan kawan-kawan blok. Mulanya, aku memang tidak mahu pun pi Kuala Perlis tu.. Tapi roommate ajak sekali lagi..aku pun terima la ajakannya tu sebab aku cakap dalam hati; 

Apa salahnya kau reward kan sesuatu untuk diri kau setelah bersusah-payah. *KAN 

Kalau aku, aku suka menrewardkan *amboi bb MANGLISH kau sesuatu selepas berusaha untuk menyiapkan sesuatu kerja atau dapat keputusan bagus dalam exam ka atau dapat kerja ka atau apa2 yang buatkan aku rasa bangga dan berpuas-hati. Sebab aku akan rasa aku patut diberi penghargaan.*HAHA . Tidak kisah lah apa2 bentuk reward yang aku bagi untuk diri aku sendiri antaranya yang pernah buat,aku pergi makan dengan kawan2, shopping , belanja orang dan yang paling worst reward aku buat untuk aku sendiri adalah "tidur" *HAHA




Masa aku buat keputusan mahu join dorang pergi Kuala Perlis, aku ada bagitahu dorang yang aku teringin mahu pergi bendang. So, dorang betul2 bawa aku pergi bendang. Ngam-ngam lagi pada masa tu bendang tu tengah menghijau... MasyaALLAH, cantik. 


Memang senyuman tidak pernah putus lah masa tengok bendang yang menghijau waww waww ni.


Terima kasih korang sanggup tunaikan hasrat sebelum meninggalkan UUM ni. Terima kasih Kak Iera, Zati dan Naza. Simpan memori ni baik-baik tau. Lupa mahu kenalkan, dorang ni kawan blok aku dari semester 1 dan yang tudung hijau ( Kak Iera ) roommate aku.. *hi kak iera.

Okay, daaa.. Sampai ketemu entry akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks