Jumaat, 14 Jun 2013

Kisah 3 Gadis dan Sang Monyet

Assalamualaikum w.b.t ..



Al Kisah bermula 3 Gadis yang bernama Jelita , Anggun tinggal di bilik Cantik sempena cuti semester PRU..


Jelita dan Anggun bermalam di bilik Si Cantik .. Oleh sebab masa tu cuti PRU , jadi ramai warga kampus yang balik ke kampung halaman untuk menunaikan tangggungjawab mereka . Jelita , Anggun dan Cantik ni tidak balik kampung kerana belum mendaftar mengundi lagi.hikhikhik  

Pada suatu hari , Persatuan TheDaling mengadakan program XploRace. Jelita dan Cantik merupakan ajk program jadi mereka dikehendaki menyediakan denda apabila para peserta XploRace tidak dapat melaksanakan aktiviti yang ditetapkan sementara Anggun pula merupakan salah seorang peserta XploRace.

Sebelum pergi ke tapak XploRace tersebut...Jelita , Anggun dan Cantik sedang menyiapkan diri mereka..

Anggun sedang membetulkan tudungnya berdekatan dengan pintu bilik,sementara Jelita dan Cantik kononnya mahu buat denda untuk XploRace iaitu  air + Teh + garam dan dimasukkan ke dalam botol mineral sebagai denda yang bakal Jelita dan Catik kenakan semasa XploRace tu nanti.. 

sedang membuat hal masing-masing tu tiba-tiba Anggun perasan ada sesuatu yang bergerak masuk ke dalam bilik, sangkaan Anggun, benda tu adalah kucing ..tetapi apabila Anggun menoleh ke belakang ,haaaaargggghhh MOOONNYYEEETTT

Sang MONYET yang siap duduk atas katil baru diperasan oleh Anggun , Jelita dan Cantik.. 

Anggun berteriak kerana Sang Monyet sangat besaarrrrrr lalu keluar dari bilik dan tinggallah Jelita dan Cantik sahaja dalam bilik tu , oleh kerana itu bilik itu merupakan bilik si Cantik , Cantik pun menjerit dengan sepenuh hati dan  jeritannya sangat dekat dengan telinga si Jelita.. 

Cantik : Je.. Je .. Je..Litaaa halau tu Sang Monyett ..Arggghhhh
Jelita  : Maaa..camm mana nak halau.. Jelita pun tidak berani dengan Sang Monyet itu..
Cantik : Jelita..Jelita..Argghhh .. Halau tu Sang Monyet..
Jelita : Eihhh Cantik , jangan menjerit la..sakiiit telinga Jelita mendengar jeritan Cantik.


Sang Monyet pun melihat Cantik dan Jelita menjerit dengan muka tidak bersalah..Ketika itu, Anggun telah selamat berada di luar bilik.. Semasa Jelita dan Cantik menjerit-jerit, Tiba-Tiba Sang Monyet tu mula bergerak dan naik atas meja dan bertenggek betul-betul atas laptop Jelita.... 

Jelita : Cantiiikkk , Monyet tu duduk atas laptop Jelita....* nada geram
Cantik : *menjerit sambil ketawa..hahahahha


Jelita memandang objek disebelahnya dan objek itu adalah penyapu ,Jelita pun berfikir *nak pulak aku ambil tu penyapu usir tu Sang Monyet ,


Setelah Jelita berfikir dua tiga kali..Jelita pun tidak jadi mengambil penyapu untuk menghalau Sang Monyet tersebut sebab jika Jelita berkeras ambil penyapu dan mengusir Sang Monyet nanti Sang Monyet tu pulak yang akan serang Jelita balik..hah Sudaahh..

Fizikal moyet tu sangat besaaarrrrr macam bapa Monyett.. Jelita pun dengan beraninya membawa Cantik keluar dari bilik dan tinggallah Sang Monyet bersendirian dalam bilik mencari apa yang patut di ambil untuk dijadikan Sarapan pagi.

Anggun yang sememangnya tadi diluar mengisyaratkan Shuu..sHuu tu sama Sang Monyet...
Jelita dan Cantik sudah trauma apabila berjaya keluar dari bilik dan membiarkan Anggun menghalau Sang Monyet.

Semasa Jelita dan Cantik keluar dari bilik, Sang Monyet pun melompat dari meja tempat Sang Monyet bertenggek di atas laptop Jelita ke meja sebelahnya dan Sang Monyet melihat ada botol air di atas meja lalu meminumnya.. Sang Monyet tidak tahu yang dia sedang minum air perisa Air teh bercampur garam, selepas Sang Monyett merasa sesuatu yang tidak enak pada air minuman tersebut lalu Sang Monyet tu muntahkan air yang Sang Monyet minum..ndakk sedap la tu .. 

Sang Monyet lalu melihat sekeliling bilik itu dan mula mencari operasi mencari makanan.. 

Tiba-tiba, Sang Monyet ternampak sebungkus Apollo di atas Rak Buku .Sang Monyet tu  pun dengan senang hati senyuman sampai ke telinga melompat naik ke atas Rak Buku dan mengambil Apollo yang berada di Rak Buku tersebut.

Anggun yang masih mencuba dari tadi untuk menghalau Sang Monyet mula mengukir senyuman apabila Sang Monyet dan Apollo keluar dari bilik dengan jayanyaaa.

NotaKakiTangan :

1. Jangan biar pintu mahupun tingkap bilik anda terbuka semasa waktu pagi dan petang, kerana waktu tu warga-warga monyet sedang giat mencari makanan. #Pesanan dari Cantik
2. Jangan biar Laptop anda terbiar diatas meja , kerana Sang Monyet akan terfikir itu adalah batu bukan Laptop. # Pesanan dari Jelita
3. Selamatkan diri anda dulu sebelum selamatkan orang lain . #pesanan dari Anggun.



Khamis, 13 Jun 2013

Manja

Assalamualaikum w.b.t

" Kawan-kawan , maafkn itew eh...itew lama dak hapdet bLog itew..bukan apa kawan-kawan .. itew sibuk nak final exam la, sebab itu itew x hapdet blog " 

- Nukilan gadis manja * dah geli tau tak

- Gambar hiasan  -

Selamat datang Syaaban .. 27 hari lagi sebelum menjelang bulan Ramadhan.. InsyaAllah..  Selamat berjuang dalam peperiksaan warga UUM dan sewaktu dengannya dan selamat mula bercuti kepada yang sudah habis berjuang dalam peperiksaan.. jangan lupa sentiasa berdoa supaya memperoleh keputusan yang membanggakan.

Aku sekarang ada GAP dua minggu sebelum kembali berjuang ke medan peperiksaan. Tinggal dua kertas lagi perlu di tempuh .. dan esok aku kena hantar dah final report untuk subjek System Analysis & Design sekali presentation. Memang budak multimedia,awal-awal sem banyak goyang kaki, sekali maw dekat final exam baru kelamkabut menyiapkan projek , report dan assignment yang ada.

cukup untuk intro . Bebalik kepada tajuk entry diatas .. MANJA .. yess, mungkin nama orang.. seperti nama kawan masa di KUIS dulu dan arwah abang atok ku. Dan itu bukanlah namaku.. Menurut kamus dewan , manja ialah kelakuan kebudak-budakan ..  jadi ??

 - kawan saya komen salah satu gambar dalam facebook -
*agak peliks disitu

seriously , memang aku terkejut baca ni .. kadang-kadang terfikir gak.. manja ka aku ni ??? manja macam mana sampai orang aku fikir aku ni manja ?? hurmmm...*fikir..


mungkin bila kita dah lama berkawan dengan seseorang akan tahu sikap kita, dan mungkin itu la sikap yang kita pamerkan sepanjang perkenalan kita sama orang tu. 

paling tak tahan komen yang no.4 tu .. hehe , memang selama ni tak sedar pun macam mana sikap kita sama kawan kita .. bukan riyak ka apa " ei , ei , iteww manja laa "  yaiii geliks + maw muntah ... 

yupp , mungkin saya seorang yang manja tapi dengan kawan rapat dan family sahaja   dengan orang lain saya ni garang macam singa..haha , cuba tanya anak-anak murid saya dulu.. teringat ada kawan saya tegur saya dulu :

kawan : aku kan ndak pernah tengok ko senyum ?
saya: =______='

maaf la. saya memang macam ni .. lagi-lagi sama lelaki .. bukan sombong ka hapa..tapi memang saya tidak pandai mahu memulakan perbualan.. THE END 

#EntryApaKauTulisNiBibie  NdakSiuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks