Rabu, 1 Mei 2013

Random Update

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja swasta mahupun kerajaan di luar sana ..

Malam ini saya raajiiinnn yang teramat.Saya rajinnn saya akan update blog..*wuhhhuuuu
Oleh kerana sekarang ini minggu cuti Labour Day dan cuti untuk PRU .. aku akan meng'Qada semua benda yang aku tak buat semasa cuti mid sem yang lalu ... *하하하하하하하하하

Dan pada awal-awal pagi ini , aku akan menceritakan kesinambungan entry yang lepas iaitu perkara-perkara yang aku buat semasa cuti midsem yang lalu. Yang pertama entry pasal Media Prima , dah settle dan kali ini pasal pertukaran maklumat antara budak multimedia UUM dan UPM .. 

Lepas jak dari Media Prima hari tu , kami bermalam di UKM tetapi kami berprogram di UPM.. alah , dekat jak pun... tapi seriously UPM dan UKM memang besaq .. sudah terbayang-bayang macam mana klu hari tu UPU aku dapat di IPTA ni...


Berbalik pada cerita asal, kami start program pada malam kamis 4 April .. seperti biasa , perkara pertama yang akan dibuat jika pertama kali jumpa ialah sesi taaruf..yang uniknya taarufnya ni,kena ada trademark..ahh,bayangkan ada 30 peserta situ dan 30 peserta tang tu juga kena hapai trademark dorang... 

Assalamualaikum..
 Nama saya Noor Farhanah 
Asal Sabah
Panggil Bibie
trademark : Okay bha kalau ko..


tapi dalam kebanyakan peserta tu satu pun aku tak ingat nama dorang , apatah lagi trademark dorang..kihkihkih.. tapi kalau yang budak UUM tu hafal lah sebab dah memang kenal.. Habis jak sesi taaruf terus sesi LDK telah pun bermulaa..


 seperti LDK yang biasa..
firstly , kami akan duduk dalam kumpulan .. dengar fesi bercakap maw buat aktiviti apa..


yang ini aktiviti yang dikelolakan oleh UUM ..
memang jarang dibuat .. macam upacara risik - merisik pun ada..


 Barisan Budak Multimedia UPM , memang sporting yaw.. !
sesi ingat-mengingati nama..




Suasana semasa aktiviti berlangsung..
*maap gambar yang blurr.




Yang ini aktiviti .. erm , macam spontan
bayangkan yang hanger tu ialah gadget.. promosikan..
Nasib baek kumpulan aku ada budak senior ni, jadi apa-apa dya la yang jadi ketua..
*maaf wan..


kusyuk la sangat kan berbincang .. hehe..
seriuusss semua aktiviti dorang buat bestt .. feel jadi bebudak jap..


 tengok kami semua buat muka happy .. 
ntah apa yang lucu sangat sampai terlalu gembira ni.. *alhamdullilah


 yang ni aktiviti dari UPM .. 
aktiviti bagi pisah nat .. dan dalam box tu ada ais...
fuhh... sejukk gilaa..
oleh kerana aku tak tahan sejuk,aku merelakan orang lain p buat aktiviti ni..

ESOKKK NYAA...

Jika semalam aktiviti macam bebudak comel , esoknya pula aktiviti matang sikit..


Acara kemuncakk !


1.  Tayangan Flashmob dari pihak UPM..
2. Aktiviti dari UUM dikendalikan oleh Hafiz dan Wan ..selaku senior Multimedia
3. Tayangan 3D .. *fuhh, dasyat gilaaa , takjub sebentar
4.  Terima kasih UPM kerana menambahkan lagi koleksi buku nota saya..
















Teknologi Kinect.

maklumat lanjut click ini : Kinect

Kinect salah satu teknologi baru yang baru aku tengok.. kalau kamu pernah tengok benda alah ni maknanya aku yang lambat.. tapi Teknologi Kinect ni memang terasa betul dunia dihujung jari .. sebab tak payah dah guna mouse kalau maw click apa-apa..
Lepas ni penjualan mouse akan merundum pada masa akan datang.
mungkin tahun 2047 , Mouse tidak lagi dikenali sebagai Tetikus tapi Tikus.





Sahabat yang sentiasa mewarnai hidup saya..
sayang kamu kerana Allah s.w.t

 Kumpulan 1 tempat kedua.. kurang dua orang 
Hebakkk 


Oleh kerana , wifi di UPM yang laju dan PC ni terlekat jak di dinding 
..kawan saya pun memanfaatkan peluang yang ada.. siap berebut lagi..
adehh kejakunan disitu...




Gambar diatas ialah lokasi pengambaraan untuk Lagenda Budak Setan...
memang cantikk dan sangat indahh..Untung UPM ada panorama seperti ini
*Subahanallah..


Okeyh, ini yang terakhir..

Terima kasih warga Multimedia UPM sebab menjemput kami..Thanks for the memory..
InsyaAllah, kalau tiada halangan SMMTC Week kita berjumpa..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks